Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak peruntuk RM10 juta untuk pelaksanaan pautan digital hospital
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak peruntuk RM10 juta untuk pelaksanaan pautan digital hospital

Utusan Sarawak 9 months ago
ABANG Johari hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke- 64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak di Kuching, malam tadi. FotoUKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan Pautan Digital Hospital di negeri ini untuk membolehkan semua hospital dalam negeri saling berhubung melalui satu aplikasi digital.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata,ini merupakan sebahagian daripada inisiatif digitalisasi perkhidmatan awam di Sarawak yang akan meningkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan kesihatan, khususnya di kawasan pedalaman.

“Ini bermakna jika seseorang pergi ke Hospital Umum Kuching, rekod mereka sudah ada, contohnya jika pesakit berasal dari Sibu, hospital Sibu boleh mengakses rekod mereka terus melalui aplikasi ini.

“Datuk Amar Dr Sim Kui Hian jumpa saya dan telah berbincang dengan Pengarah mengenai pautan digital ini, saya tanya berapa jumlah diperlukan, dan jawapannya ialah RM10 juta untuk membangunkan aplikasi ini. Jadi minggu lepas, kita telah meluluskan peruntukan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke- 64 Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak di sini, malam tadi.

Katanya lagi, dengan pelaksanaan sistem ini, rekod perubatan pesakit dari mana-mana hospital akan dapat diakses secara terus oleh hospital-hospital lain di Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UNIFOR salur RM100.4 juta untuk 778 projek sejak 2017
Next: RM100 juta untuk naik taraf kuarters kakitangan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.