Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak mahu hantar dua wartawan ke Cambridge setiap tahun dalami bidang kewartawanan
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak mahu hantar dua wartawan ke Cambridge setiap tahun dalami bidang kewartawanan

Utusan Sarawak 5 months ago

JASA DIKENANG... Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan kepada Basri Mohamad (empat kanan) semasa Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil satu lagi langkah progresif dalam usaha meningkatkan kualiti bidang kewartawanan di negeri ini dengan bercadang menghantar dua wartawan mengikuti Program Eksekutif yang dilaksanakan di Universiti Cambridge, United Kingdom (UK) setiap tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kursus tersebut berfungsi sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada pengamal media di Sarawak dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran menguruskan maklumat dan data setaraf dengan piawaian antarabangsa.

“Dua wartawan yang terpilih akan memulakan kursus sebulan yang direka untuk mengembangkan pengetahuan mereka dan mendedahkan mereka kepada trend global terkini dalam kewartawanan.

“Kita kini mempunyai hubungan dengan University Cambridge di UK. Program ini akan memberi peluang kepada mereka untuk bergaul dengan para eksekutif antarabangsa dan membincangkan perkara yang berlaku di seluruh dunia.

“Dengan itu, laporan anda akan mencapai piawaian global, bukan sekadar piawaian Sarawak sahaja,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024 di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata panel pemilihan yang terdiri daripada wakil Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), kerajaan dan swasta yang masing-masing akan memilih wartawan bertuah bagi mengikuti kursus tersebut.

”Sehubungan itu, panel pemilih masing-masing perlu memilih sendiri wartawan yang terpilih dan kita bercadang untuk menghantar dua orang dalam satu tahun bersama pegawai kanan kerajaan untuk mengikuti program tersebut.

”Kos ini akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak dan mereka (wartawan terpilih) akan diiringi oleh pegawai kanan kerajaan ke program itu, yang merangkumi pelbagai topik termasuk ekonomi, isu sosial dan perspektif baharu dalam kewartawanan,” katanya.

Pada majlis sama, Abang Johari turut menyampaikan Anugerah Premier KJA 2024 kepada empat penerima iaitu Jenifer Laeng (The Borneo Post), Hii Hong Wee dan sembilan rakannya (Sin Chew Daily), Siti Nurain Ratani (Suara Sarawak) dan Amirah Syazwani Syawel (TVS).

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan kepada seorang lagenda dalam bidang kewartawanan iaitu bekas wartawan dan juruvideo TV3, Basri Mohamad.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Fadillah sokong dua jawatan tertinggi PBB tidak dicabar
Next: Teknologi AI punca kes tipu dalam talian berleluasa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.