Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan komited majukan Matu, Daro
  • TEMPATAN

Kerajaan komited majukan Matu, Daro

Utusan Sarawak 5 years ago
RASMI… Dr. Juanda memotong reben untuk merasmikan Program Kepolisan Komuniti Peringkat Daerah Matu (Siri V) di Matu.

MATU: Pelaksanaan projek mega di Daerah Matu dan Daerah Daro secara langsung menunjukkan  keseriusan kerajaan negeri untuk membangun kawasan tersebut.

Antaranya ialah pembangunan beberapa buah jambatan yang bernilai ratusan juta ringgit, termasuk projek  terkini Jambatan Batang Igan  yang telah dilaksanakan pecah tanahnya bulan lepas.

“Di Daerah Matu dan Daro sahaja, lebih ratusan juta ringgit dibelanjakan melibatkan tigajambatan dan pembangunan yang lain,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jemoreng, Datuk Dr. Juanda Jaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada  Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti Peringkat Daerah Matu (Siri V) yang diadakan di Dewan Suarah Matu, pada penghujung bulan lepas.

Oleh yang demikian,  beliau berharap  masyarakat setempat akan  mengambil peluang  tersebut untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti, amnya.

“Seperkara lagi,  rakyat yang mempunyai sikap  bertanggungjawab terutama di peringkat akar umbi adalah salah satu faktor menjadikan kawasan dan negeri itu maju. Gunakanlah sebaik mungkin teknologi terkini seperti WhatsApps dan sebagainya ke arah pembangunan yang lebih positif,” tambahnya lagi.

Selain daripada pembangunan fizikal seperti infrastruktur asas di kawasan berkenaan,  wakil rakyat ini juga menekankan soal salsiah dan budaya positif yang harus pertahankan di kalangan pemimpin akar umbi seperti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Kekalkan nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti gotong-royong, saling membantu antara satu sama lain, termasuk  menjaga kebajikan ahli-ahli masyarakat. Sebagai pemimpin, kepentingan peribadi harus diketepikan dan dahulukan masyarakat yang lebih memerlukan,” tambahnya.

Dr. Juanda berkata nilai murni dalam masyarakat perlu diperkukuhkan dengan memberi contoh yang baik sebagai ikutan.

“Ia penting  supaya sikap tidak bertanggungjawab dapat diatasi dan dengan itu boleh menghindarkan kita daripada menjadi masyarakat perosak, kegiatan laku musnah dan sifat negatif keterlaluan,” ujar dia lagi.

Dalam pada itu, Dr. Juanda  berharap masyarakat untuk tidak menerima bulat-bulat maklumat yang disebarkan terutama dari pihak luar.

“Jangan mengiakan apa juga maklumat terutama kesahihan sumber yang diragui. Masyarakat jangan mudah percaya dengan hasutan orang luar yang tidak berasas tanpa mengetahui perkara sebenar yang sedang berlaku di kawasan ini,” katanya.

Justeru tambahnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) juga berfungsi untuk melatih masyarakat bertanggungjawab terutama dalam menjaga kawasan masing-masing.

“JKKK harus menjadi ejen untuk membawa Sarawak menjadi negeri yang maju. KMKK perlu ambil positif sebarang rungutan masyarakat dengan menyiasat dan mengambil tindakan dalam menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan demi menyelesaikan masalah dan isu berbangkit,” kata Juanda lagi.

Turut hadir  Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad dan wakil dari Pejabat Residen Mukah,  Mohd Hafizul Rahman Nordin

Dengan berlangsungnya Siri Ke-5, maka berakhirlah Program Kepolisan Komuniti Peringkat Daerah Matu yang menyaksikan Siri I di Kampung Igan, Siri II di Matu, Siri III di Kg Bungan Besar dan Siri IV di Passin.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Stesen minyak kini beroperasi di Lachau
Next: Hulu Batang Baleh ditutup esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.