Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan dengar rintihan rakyat
  • TEMPATAN

Kerajaan dengar rintihan rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
ADUN DARO… Safiee Ahmad

SIBU: Kerangka Inisiatif Tambahan Khas Kita PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam jelas menandakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendengar rintihan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ia membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat akibat pendemik Covid-19.

“Kita PRIHATIN jelas membuktikan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kesensaraan yang dihadapi oleh rakyat,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita semalam.

Katanya, Kita PRIHATIN adalah bersifat menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek keperluan rakyat untuk membantu golongan berpendapatan rendah berhadapan kelembapan ekonomi akibat ancaman pandemik Covid-19.

“Ini adalah usaha kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan juga menjana kitaran ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat harus memafaatkan bantuan tersebut sebaik mungkin untuk meneruskan kelansungan hidup akibat pendemik Covid-19 yang tidak pasti bila ia akan berakhir sepenuhnya.

“Rakyat harus terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan serta nasihat daripada Kerajaan dari semasa ke semasa demi kebaikan dan keselamatan kita sendiri, selain membantu memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Nancy adakan lawatan kerja ke UNIMAS
Next: Belia disaran ceburi industri penternakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.