Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keputusan PETRONAS hadiah Hari Jadi KM
  • TEMPATAN

Keputusan PETRONAS hadiah Hari Jadi KM

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Keputusan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi adalah hadiah Hari Jadi terbaik untuk Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menteri Kesejahteraan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Dato Sri Fatimah Abdullah mengakui keputusan yang dibuat oleh syarikat minyak gergasi negara pada Isnin lalu membuahkan hasil atas perjuangan beliau yang meneruskan hasrat mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem terdahulu.

“Maknanya sekarang secara rasminya hak Sarawak dalam mengenakan cukai jualan negeri (SST) diiktiraf oleh PETRONAS.

“Kalau tidak sebelum ini PETRONAS dan hak-hak tertentu mengenai gas dan minyak ini (dianggap) adalah kepunyaan PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Wisma Wanita semalam.

Fatimah mengakui lagi tindakan PETRONAS berkenaan memberi implikasi besar terhadap pendapatan Sarawak.

“Sarawak akan mempunyai pendapatan dan hasil tambahan yang membolehkan kerajaan memberi balik kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur yang diperlukan oleh rakyat,” ujarnya.

Fatimah mengakui Sarawak masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pembangunan di Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, pendapatan tambahan juga amat diperlukan ujar Fatimah yang mana ia dapat membantu kerajaan menjayakan inisiatif Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) melalui infrastruktur untuk digital ekonomi.

Justeru, sempena sambutan Hari Jadi Ketua Menteri semalam, Fatimah turut mendoakan agar pemimpin Sarawak itu sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, bertenaga dan sentiasa disokong oleh perkhidmatan awam dan rakyat serta bijaksana dalam mentadbir Sarawak.

Fatimah juga berharap matlamat Ketua Menteri untuk membangunkan Sarawak sebagai negeri aman, maju dan progresif agar rakyat boleh hidup aman dan bahagia juga tercapai.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang
Next: KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.