Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keperluan asas diberi tumpuan
  • TEMPATAN

Keperluan asas diberi tumpuan

Utusan Sarawak 4 years ago
SIMBOLIK… Datuk Jerip Susil memotong reben sebagai simbolik serah tapak projek naik taraf jalan Lorong Kerewit Kampung Beradau, semalam.

KUCHING: Pembangunan infrastruktur Kampung Beradau yang berperanan sebagai ‘bakul makanan’ di kawasan Siburan akan sentiasa dititikberatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Jerip Susil berkata, selaku tulang belakang kepada perkembangan ekonomi khususnya pertanian dan penternakan di Siburan, setiap keperluan asas di kampung ini perlu dijaga dengan baik.

“Kampung Beradau ini sebenarnya bukan kampung tradisi, penduduk di sini adalah campuran daripada pelbagai kaum dari pelbagai kampung sekitar ini yang ingin meneroka tanah untuk bercucuk tanam.

“Oleh kerana semangat mereka yang kuat untuk mencari nafkah di sini, kita (Kerajaan Negeri) telah mengubah dan mengembangkan kawasan ini de- ngan menyediakan kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk keselesaan penduduk di sini.

“Selain itu, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) turut telah bersetuju untuk membina rumah sembelihan sapi halal bagi mengembangkan lagi sektor penternakan di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Mambong di Balai Raya Kampung Beradau, Siburan, semalam.

Mengulas berkenaan projek naik taraf jalan raya di Kampung Beradau dan Kuari Kakad, Jerip memuji usaha pihak kontraktor dan Majlis Daerah Serian (MDS) kerana berjaya menyiapkan projek tersebut di dalam tempoh yang singkat.

Menurutnya, pihak MDS sangat komited dalam menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dan terbaik agar para pekebun lebih selesa untuk membawa produk mereka ke kawasan bandar.

“Projek menaiktaraf jalan di Lorong Kerewit Kampung Beradau sepanjang 540 meter yang menelan kos sebanyak RM150,000 yang dijangka siap pertengahan Disember telah berjaya disiapkan pada pertengahan Oktober.

“Jalan di simpang Kuari Kakad sepanjang 510 meter yang bernilai RM200,000 yang dijangka siap Januari tahun hadapan pula berjaya disiapkan awal November lepas.

“Percayalah, mereka (MDS) akan berikan tum- puan kepada kampung ini. Kita akan tampung semua jalan berlubang dan seterusnya membangunkan infrastruktur yang lebih baik untuk keselesaan penduduk di sini,” jelasnya lagi.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: Kembangkan ekonomi melalui pelbagai inisiatif
Next: Kerajaan iktiraf tanah NCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.