Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemudahan sukan SM Kai Dee siap dinaik taraf  
  • TEMPATAN

Kemudahan sukan SM Kai Dee siap dinaik taraf  

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Tanjung Batu Johnny Pang bersama warga sekolah menyaksikan penyerahan dokumen projek siap bagi kerja naik taraf gelanggang badminton SM Kai Dee. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kemudahan sukan di Sekolah Menengah (SM) Kai Dee kini lebih selesa dan selamat selepas kerja-kerja naik taraf gelanggang badminton sekolah itu siap sepenuhnya menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek itu dilaksanakan bagi mengatasi keadaan dewan yang usang dan tidak lagi sesuai digunakan pelajar untuk aktiviti sukan.

“Lantai yang rosak, tingkap pecah serta pengudaraan yang lemah menyebabkan pelajar mudah berasa tidak selesa dan cepat letih.

“Selepas melawat tapak dan mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah, saya telah menyalurkan peruntukan RTP bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

ADUN Tanjung Batu, Johnny Pang meninjau kemudahan baharu di gelanggang badminton SM Kai Dee yang telah dinaik taraf. Foto: Carolyne Utih

Kerja naik taraf itu merangkumi penggantian tiga alas gelanggang badminton, pemasangan tingkap baharu, enam unit kipas pengudaraan, penambahan lampu limpah untuk gelanggang badminton dan bola keranjang, serta pemasangan struktur penutup pada dinding.

Menurut beliau, kontraktor turut mengambil inisiatif mengecat semula dinding dewan secara percuma sebagai tanda sokongan kepada pendidikan.

“Saya amat menghargai kerjasama semua pihak termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan. 

“Saya berharap pihak sekolah dan pelajar dapat menjaga kemudahan ini bersama,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ling sumbang tiga bangku kayu kepada Klinik Komuniti  Bandong
Next: JKWS komited perkasa ekonomi wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.