Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemudahan awam tanggungjawab bersama
  • TEMPATAN

Kemudahan awam tanggungjawab bersama

Utusan Sarawak 4 years ago
JAGA KEBERSIHAN TANDAS… Paulus Palu Gumbang merasmikan kempen kebersihan tandas di taman rekreasi Bukit Mas Limbang.

LIMBANG: Masyarakat perlu mengubah minda dalam memainkan peranan bersama menjaga dengan baik segala kemudahan awam yang disediakan untuk rakyat.

Malahan masalah vandalisme, keadaan kotor dan tandas yang tidak bersih terus menjadi isu utama yang diberi penekanan Majlis Daerah Limbang (MDL) khusus dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan tandas awam di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kontraktor pembersihan sebaliknya semua pihak.

Menurutnya, kebersihan tandas satu masalah yang bukan saja dihadapi di negara ini tetapi seluruh dunia.

“Di sesetengah negara kebersihan tandas amat penting serta perlu bersih untuk digunakan orang lain.

“Di negara kita, kebanyakan pengguna buat endah tak endah, dengan adanya kempen ini ia  dapat mendidik orang  awam menjaga kebersihan tandas awam,” katanya, ketika ditemui media selepas Kempen Kebersihan Tandas  dan Taman Tasik Bukit Mas di sini semalam.

Turut hadir Walikota MDL Kaunselor Sufian Mohat dan dan wakil Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain.

Paulus turut melahirkan kebimbangan terdapat gejala vandalisme dalam harta awam terutama tandas.

“Lebih teruk lagi apabila, menggunakan tandas yang rosak  dan tidak dapat  digunakan selain kotor,” ujarnya.

Jelasnya, inisiatif pihak MDL mengadakan kempen sedemikan amat bersesuaian, bertepatan dan perlu diadakan  secara berterusan.

Sementara itu, Sufian berkata, MDL mempunyai peruntukan untuk menyelenggara tandas awam di bawah jagaan mereka setiap tahun.

“Di Daerah Limbang ada kawasan di bawah jagaan penuh MDL dan setiap tahun kita melantik kontraktor untuk menyelenggara  tandas, selain mengutip bayaran masuk ke tandas,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya berdepan masalah utama iaitu vandalisme akibat pengguna yang tidak bertanggungjawab.

“Kita telah memperketatkan syarat kepada kontraktor, untuk mengutip bayaran masuk ke tandas awam sekali gus mencapai sasaran kebersihan tandas gred A seperti yang dicapai lima tahun lalu,” katanya.

Pada masa ini, MDL hanya mencapai gred B bagi kebersihan tandas awam dibawah jagaan mereka termasuk di Medamit, Tedungan dan  Bangunan Tamu serta Pasar Limbang.

Mengulas lanjut, kempen berkenaan jelasnya satu permulaan melalui peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri khusus di Tasik Mas yang menjadi tumpuan orang ramai datang.

Continue Reading

Previous: Tekankan kemudahan pendidikan
Next: PELIHARA KESEIMBANGAN HUTAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.