Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kempunan jam tangan mewah, suri rumah tertipu RM526,400
  • JENAYAH

Kempunan jam tangan mewah, suri rumah tertipu RM526,400

Utusan Sarawak 2 years ago

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili

SIBU: Hasrat seorang suri rumah untuk memiliki jam tangan berjenama Rolex tidak kesampaian selepas diperdaya dalam urusan pembelian jam tangan tidak wujud itu menerusi aplikasi Wechat.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa warga tempatan merupakan seorang warga emas berusia 60-an berhubung dengan seorang ‘penjual’ yang tidak dikenali pada awal Februari lalu.

Sepanjang  tempoh berurusan, mangsa telah ditawarkan untuk membeli empat utas jam tangan dengan harga RM526,400.

“Tertarik dengan tawaran tersebut mangsa telah membuat bayaran ke dalam satu akaun bank tempatan secara sembilan kali transaksi dari tempoh 15 hingga 27 Februari lalu.

“Namun begitu, sehingga laporan dibuat mangsa tidak menerima jam tangan yang dibeli dan suspek gagal dihubungi,” jelasnya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pembelian dalam talian terutama dengan tawaran harga yang murah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM. 

Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Khianat: Dua lelaki diburu polis
Next: Ceroboh Kubur: Suspek diburu polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.