Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemenangan jadi motivasi pemain
  • SUKAN

Kemenangan jadi motivasi pemain

Utusan Sarawak 3 years ago
LATIHAN… Pemain Kuching City FC menjalani latihan bagi perlawanan terakhir menentang Terengganu FC di Stadium Negeri Petra Jaya Kuching malam nanti.

KEMENANGAN pertama dalam kempen TM Piala Malaysia musim ini tetap bermakna buat pasukan Kuching City FC.

Ketua Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menjelaskan ia merupakan satu kepuasan biarpun kemenangan 1-0 ke atas Perak FC tempoh hari sudah tidak bermakna lagi buat pasukannya.

“Sebelum perlawanan saya beritahu pemain betapa kami perlu menang untuk dibawa pulang ke bumi Sarawak.

“Walaupun perlawanan ini sudah tidak mempunyai erti kerana kami sudah terkeluar dari saingan ke suku akhir tetapi pemain berusaha gigih untuk mencatat kemenangan. Kemenangan ini tetap penting kerana ia mengenai maruah pasukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Irfan berkata, walaupun hanya kemenangan 1-0 tetapi ia yang pertama dalam trofi unggul itu.

“Kami layak bertanding dalam Piala Malaysia sekali lagi dan diletakkan bersama tiga pasukan Liga Super iaitu Terengganu FC, Selangor FC dan Perak FC.

“Ia merupakan satu pengalaman yang berguna buat pemain saya dalam kami membuat persiapan bagi musim hadapan,” ujarnya.

Lebih penting, katanya, kemenangan itu pasti menjadi motivasi buat anak buahnya bagi menghadapi Terengganu FC di Kuching, malam ini.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: West Ham lebur rekod tanpa kalah Liverpool
Next: Derby Milan berakhir mengecewakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.