Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KEMAS Marudi perkasa wanita melalui kursus masakan etnik
  • Utara
  • WILAYAH

KEMAS Marudi perkasa wanita melalui kursus masakan etnik

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGHARGAAN…SAO Reagan menerima cenderamata disampaikan Therry George Anyi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Marudi, Therry George Anyi, menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada 15 peserta wanita yang berjaya menamatkan Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek Masakan selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Program bertemakan penyediaan pelbagai makanan etnik itu dianjurkan Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Marudi bagi kawasan Parlimen Baram.

Berucap pada Majlis Penangguhan Kursus yang disempurnakan Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Marudi Regaan Edwin, Therry berkata program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik penyediaan makanan etnik, malah menjadi platform memelihara warisan budaya dan makanan tradisional pelbagai kaum di negara ini, khususnya di Sarawak.

Menurutnya, pada hari pertama kursus, peserta didedahkan dengan penyediaan beberapa hidangan seperti ayam masak rendang, pucuk paku tumis belacan, sambal asam belacan serta kelupis.

“Menu-menu ini bukan sahaja menyelerakan, malah melambangkan keunikan cita rasa tempatan yang kaya dengan tradisi dan budaya,” katanya.

Beliau berkata, pada hari kedua pula peserta mempelajari penyediaan pansuh ayam tradisional, telur masak sambal, linut atau ambuyat bersama sambal masam serta umai kaki ayam atau tabas.

PARA peserta kursus turut diraikan sesi memotong kek sempena sambutan Hari Ibu 2026. Foto Jiku Juguong

Katanya, hidangan tersebut amat sinonim dengan masyarakat di Sarawak dan merupakan warisan kulinari yang perlu dipelihara agar tidak ditelan zaman.

“Pada hari ketiga, peserta didedahkan dengan penyediaan salah satu makanan kebanggaan Sarawak iaitu Laksa Sarawak yang terkenal dengan keenakan kuahnya yang unik dan menjadi antara menu pilihan ramai,” katanya lagi.

Therry berharap segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta sama ada untuk kegunaan keluarga mahupun sebagai peluang menjana pendapatan menerusi bidang keusahawanan makanan.

Tambahnya, program seumpama itu penting dalam memperkasakan golongan wanita agar lebih berkeyakinan, berkemahiran serta mampu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan komuniti setempat.

Pada majlis sama turut diadakan sesi memotong kek sempena sambutan Hari Ibu 2026 yang turut dihadiri TR Sator Baran.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: DUN: Litar permotoran dicadang dibina di Bintulu untuk tangani rempit
Next: MDSA pandang serius isu anjing liar di Kampung Muhibbah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.