Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan maut berhampiran Jambatan Awik, Saratok
  • KEMALANGAN

Kemalangan maut berhampiran Jambatan Awik, Saratok

Utusan Sarawak 2 years ago

Kemalangan maut sebuah kereta Proton Saga FLX yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah treler dekat Jambatan Awik, Saratok malam tadi.

SARATOK: Seorang maut apabila kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler berhampiran Jambatan Awik, Saratok, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata mangsa, Kamarudin Halik, 28, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke tempat kejadian sebaik bilik kawalan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 10.22 malam tadi.

“Sejurus tiba di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan seorang mangsa tersepit dalam sebuah kereta Proton Saga FLX yang dipandunya akibat bertembung dengan sebuah treler.

“Mangsa yang tersepit akhirnya berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas, katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Seorang maut, empat cedera kereta bertembung
Next: 80 penghuni babitkan 12 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.