Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keluarga terselamat selepas pesawat IAF tidak sengaja gugurkan objek
  • GLOBAL

Keluarga terselamat selepas pesawat IAF tidak sengaja gugurkan objek

Utusan Sarawak 3 weeks ago

NEW DELHI: Sebuah keluarga dilaporkan terselamat selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) secara tidak sengaja menggugurkan sebuah objek di kediaman mereka di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh pada Jumaat lalu.

Menurut laporan media tempatan, dua bilik rumah berkenaan musnah manakala serpihan turut menghempap sebuah kereta yang diparkir berhampiran.

“Tentera Udara India kesal atas kerosakan yang berlaku membabitkan harta awam berhampiran Shivpuri susulan pengguguran peralatan udara dari pesawat IAF yang tidak disengajakan. Siasatan telah pun dimulakan berhubung insiden ini,” menurut kenyataan IAF di platform X.

Rumah berkenaan dimiliki oleh seorang guru bernama Manoj Sagar.

Ketika kejadian, beliau sedang makan bersama anak-anak manakala isterinya berada di dapur.

Mereka dikejutkan dengan dentuman kuat disusuli gegaran, menurut laporan agensi berita PTI memetik kenyataan pegawai tempatan.

Kesan hentaman menyebabkan kawah sedalam 8 hingga 10 kaki terbentuk di kawasan rumah berkenaan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Suspek serangan sekolah di Perancis digambarkan sebagai peminat Hitler
Next: Respos kemanusiaan segera diteruskan di Myanmar selepas gempa- IFRC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.