Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kelab Lions beri sumbang untuk magsa kebakaran Kampung Hilir
  • Tengah
  • WILAYAH

Kelab Lions beri sumbang untuk magsa kebakaran Kampung Hilir

Utusan Sarawak 8 months ago

SUMBANGAN.....Wee (12 kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi JKKK Kampung Bahru Abdul Hajis Abdullah (12 kanan). Disaksikan oleh Jimmy (tengah) serta yang lain, hari ini.

SIBU: Kelab Lions Wilayah 2 dan 3 Daerah 308-A2 bersama menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan untuk mangsa kebakaran Kampung Hilir, hari ini.

Kebakaran yang pada Ahad lalu telah memusnahkan 18 rumah menyebabkan seramai 156 mangsa kehilangan tempat tinggal.  

Tragedi itu telah menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan memerlukan bantuan segera. 

Bagi menyokong usaha bantuan bencana, Yayasan Lions Antarabngsa Daerah 308-A2 segera memperuntukkan dana kecemasan RM5,600.

Selain itu, 19 Kelab Lions dari Wilayah 2 dan 3  bersama-sama menderma bekalan dan makanan untuk membantu mangsa melalui masa yang sukar ini. 

Penyerahan sumbangan telah diketuai oleh Presiden Kelab Lions Sibu Nangka, Teresa Wee, sambil disaksikan oleh Naib Gabenor Daerah 2nd Daerah 308-A2 Dato’ Jimmy Tie.

Usaha derma bersama ini menyerlahkan komitmen Kelab Lions untuk menjaga dan menyokong masyarakat, menyediakan bantuan yang amat diperlukan kepada penduduk terjejas, membantu mereka mengatasi krisis, dan memulihkan kehidupan mereka secepat mungkin. 

Turut hadir ialah dua bekas Gabenor Daerah, Kapitan Connie Loh Ming Hwa dan Augustine Ngu Liong Ing. 

Continue Reading

Previous: Sibu Life Care Society anjur kempen derma darah
Next: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu anjur program pembersihan mega esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.