Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kekalkan perpaduan jayakan hasrat wilayah maju, berpendapatan tinggi menjelang 2030
  • Utara
  • WILAYAH

Kekalkan perpaduan jayakan hasrat wilayah maju, berpendapatan tinggi menjelang 2030

Utusan Sarawak 7 months ago
MAJU BERSAMA… Dr Abdul Rahman menyerahkan sijil penghargaan kepada ajk PKL yang telah berbakti kepada persatuan dan masyarakat di Limbang. 

LIMBANG: Berbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Kedayan Limbang (PKL) di Sarawak perlu bersama-sama menjayakan hasrat ke arah menjadikan  wilayah ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Sarawak melalui Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melaksana pelbagai kejayaan dan pendekatan memajukan wilayah ini.

“NGO yang wujud perlu berkerjasama untuk mempastikan bahawa wawasan kerajaan dilaksanakan, melalui  pelbagai pendekatan yang dilaksanakan Premier ke arah mencapai Sarawak maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,”katanya pada  Majlis Perasmian Penangguhan Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Kedayan Limbang (PKL) bagi sesi 2024 hingga 2027 di Dewan St Edmund di sini, hari ini.

Beliau mahu PKL agar mengekalkan perpaduan yang ada dalam kalangan masyarakat  Kedayan itu sendiri  sekali gus menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Jelasnya Limbang turut menerima limpahan pembangunan berterusan termasuk Tebingan Sungai Limbang, projek Jalan menuju ke Taman Tasik Mas, Tebingan Sungai Rangau dan pelbagai projek mega lain.

Pembangunan ini, katanya, dilaksanakan kerajaan Sarawak dalam menyediakan lebih banyak prasarana pembangunan dan ia memerlukan sokongan dan penyertaan berterusan daripada rakyat.

Masyarakat Kedayan perlu terlibat secara aktif dalam pembangunan dan semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya agar tidak tercicir dari arus pembangunan perdana.

Mengulas lanjut katanya masyarakat Kedayan bakal mempunyai bangunan pejabat moden apabila  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan bangunan pejabat persatuan itu yang dijangka dimulakan pembinaan hujung tahun ini.

Jelasnya, bangunan baharu itu  amat dinanti masyarakat Kedayan di utara negeri ini akan menjadi mercu tanda PKL selain memberi kemudahan bukan saja kepada masyarakat kedayan itu sendiri,malah masyarakat pelbagai kaum dan agensi kerajaan lain.

Beliau berkata selain menempatkan pejabat untuk PKL menjalankan aktiviti,bangunan baharu itu nanti juga akan turut dilengkapi dewan serba guna untuk kemudahan aktiviti perkahwinan selain premis perniagaan lain.

Pada mesyuarat itu Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dilantik sebagai pengerusi PKL bagi sesi 2024 hingga 2027.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MARA, JAKIM latih 20 pegawai jadi juruaudit Halal
Next: STEM perlu perubahan besar tarik minat lebih ramai pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.