Kedai terbakar di Jalan Khoo Peng Long

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Sebuah premis kedai di Jalan Khoo Peng Long di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.29 petang.

KEADAAN premis kedai yang terbakar di Jalan Khoo Peng Long, Sibu, dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal api daripada merebak.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bersama BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Maklumat lanjut mengenai punca kebakaran, keluasan kemusnahan dan sama ada terdapat mangsa masih belum diperoleh setakat laporan awal dikeluarkan.

Oleh Tarani Lanting