Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kebersihan ‘cermin’ budaya masyarakat
  • TEMPATAN

Kebersihan ‘cermin’ budaya masyarakat

Utusan Sarawak 5 years ago
SIMBOLIK… Dr. Hazland Abang Hipni dalam upacara menanam pokok semasa Pelancaran Program Inisiatif Inklusiviti Organisasi DBKU Bersama Komuniti Kampung Senari anjuran DBKU di Dewan Komuniti Kampung Senari, Kuching, semalam. •Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: Penglibatan komuniti bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) adalah penting dalam usaha sama membentuk sebuah komuniti yang maju dari setiap aspek kehidupan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni berkata demikian pada Majlis Pelancaran Progam Inisiatif Inklusiviti Bersama Komuniti Kampung Senari di sini, semalam.

“Hidup dalam komuniti ini ibarat satu keluarga, apabila semangat kerjasama dalam kalangan komuniti semakin erat dan melahirkan rasa kepunyaan.

“Justeru, kita sebagai komuniti semakin harus mempunyai sikap tanggungjawab kepada komuniti kita sendiri,” ujarnya.

Hazland turut menyatakan bahawa DBKU dan PBT sentiasa menyokong aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat demi kebaikan komuniti setempat.

“Saya berharap pelaksanaan program seumpama ini dapat memantapkan inisiatif DBKU untuk mengurus tadbir Bandar raya Kuching menjadi sebuah bandar raya yang mesra komuniti.

“Di samping itu, saya yakin program ini dapat memartabatkan kerjasama erat antara PBT dan DBKU dengan komuniti,” tambahnya.

Beliau turut menggesa penduduk tempatan memupuk semangat kekitaan dan kepunyaan agar lebih bertanggungjawab dalam usaha mentransformasikan kampung menjadi lebih cantik, bersih dan selamat.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong di jalan utama dan persekitaran kampung serta Pertandingan Nilai 3R Paling Tinggi.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Pupuk kerjasama kalangan anggota polis
Next: Merdeka@Komuniti Peringkat Matu disambut sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.