Kebakaran mesin dandang di kilang H-5 Timber berjaya dipadam

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah mesin dandang di luar bangunan kilang H-5 Timber Sdn Bhd di Jalan Bintulu-Sibu hari ini. Foto JBPM Sarawak 

BINTULU: Sebuah mesin dandang yang terletak di luar bangunan kilang H-5 Timber Sdn Bhd di Jalan Bintulu-Sibu dilaporkan terbakar dalam satu insiden hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah mesin dandang di kawasan luar bangunan kilang berkenaan.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan media buih (foam) melalui satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan bantuan air tangki dan pam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Carolyne Utih

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis