Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran longgokan sampah kerap berlaku di Sarikei, di tempat sama
  • KEBAKARAN

Kebakaran longgokan sampah kerap berlaku di Sarikei, di tempat sama

Utusan Sarawak 6 months ago

KEBAKARAN....Kebakaran sampah di Jalan Hua Ee awal pagi tadi. Foto BBP Sarikei.

SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei menerima sebanyak 26 kes kebakaran sampah dari Januari 2024 hingga hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, ia menunjukkan trend peningkatan berbanding tahun lalu. 

“Saya berharap masyarakat awam tidak melakukan pembakaran terbuka, terutama di tempat pembuangan sampah. 

“Kebakaran longgokan sampah membawa kepada pencemaran bau serta berisiko merebak ke kawasan sekitar. 

“Dari Januari hingga kini, sebanyak 26 kes kebakaran sampah berlaku dan sering berlaku di kawasan pembuangan sampah secara berulang di tempat sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Mahmudin berkata, awal pagi tadi pihaknya turut menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran longgokan sampah. 

“Hari ini, pihak kami (bomba) turut menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran longgokan sampah. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh PBK I (KUP) Mijan Pamin bergegas ke lokasi di Jalan Hua Ee selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.58 pagi. 

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran longgokan sampah berlaku di tempat pengumpulan sampah dan merebak ke belukar berhampiran, namun tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya. 

Beliau berkata operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan air dari tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 11 minit. 

“Operasi memadamkan kebakaran selesai sepenuhnya pada jam 2.15 pagi,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Detik cemas kereta Proton Saga terbakar
Next: Kilang buat alat besi terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.