Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran bumbung Gereja St. Joseph akibat litar pintas 
  • KEBAKARAN

Kebakaran bumbung Gereja St. Joseph akibat litar pintas 

Utusan Sarawak 3 months ago

Keadaan bumbung Gereja St. Joseph yang terjejas akibat insiden kebakaran berpunca daripada litar pintas. Kredit foto PGO Bomba Sarawak 

KUCHING: Insiden kebakaran akibat litar pintas berlaku di Gereja St. Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan berkaitan insiden tersebut diterima pada jam 9.34 malam.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan bahawa kebakaran berlaku pada wayar yang berada di atas bumbung gereja.

“Pasukan bomba segera bertindak menggunakan satu saluran bantu mula bagi mengawal api, dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Pihak bomba turut menjalankan pemeriksaan lanjut di dalam gereja sebelum menyerahkan lokasi kepada pihak kontraktor untuk tindakan seterusnya.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Pemandu berdepan detik cemas kereta terbakar
Next: Tiada pili bomba, tiada bekalan sumber air terbuka faktor rumah musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.