Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kebakaran awal pagi musnahkan blok asrama
  • TEMPATAN

Kebakaran awal pagi musnahkan blok asrama

Utusan Sarawak 5 years ago
MUSNAH…Keadaan bangunan asrama lelaki yang musnah dijilat api.

SEBAUH: Sebuah blok bangunan dua tingkat asrama lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Sebauh, musnah dijilat api, pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam7:07 pagi.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran telah menyebabkan sebuah blok bangunan dua tingkat separuh kekal iaitu asrama lelaki terbakar seratus peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi mengenai kejadian itu di sini semalam.

Menurutnya, kesemua 24 murid lelaki dan perempuan yang berada dilokasi kejadian disahkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Kebakaran hanya melibatkan asrama lelaki manakala asrama perempuan terselamat,” katanya.

Christus turut memuji tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sebauh seramai 8 orang  sekali gus berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke blok asrama pelajar perempuan dan blok bangunan yang berhampiran.

“Jarak lokasi kejadian dengan balai terdekat adalah 41 kilometer dan ini pastinya mengambil sedikit masa untuk pasukan kita tiba dilokasi kejadian,” ujarnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Hargai Sabah, beri kelonggaran pergerakan di sempadan
Next: Kompleks UNIFOR cerminan dasar inklusif KM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.