KUCHING: Keadaan jerebu di sekitar Jalan Kuching-Serian, Batu 12, kelihatan semakin ketara apabila jarak penglihatan terhad setakat 3.00 petang hari ini.
Tinjauan di lokasi mendapati pemandangan di sepanjang laluan berkenaan kelihatan berkabus dan kurang jelas berbanding keadaan biasa, terutama pada jarak yang lebih jauh.
Keadaan itu turut berpotensi menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya, sekali gus memerlukan pemandu supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Kuching direkodkan pada tahap 179 setakat 3.00 petang, iaitu dalam kategori tidak sihat.
Keadaan kualiti udara turut dilaporkan tidak sihat di beberapa kawasan lain di Sarawak, dengan Sri Aman merekodkan IPU (228), IPD Serian (223) dan Samarahan (182) pada tempoh sama, daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) .
Oleh Afiq Sallehi



