Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KCFC mahu ubah kedudukan
  • SUKAN

KCFC mahu ubah kedudukan

Utusan Sarawak 4 years ago
HARAPAN… Irfan Bakti sedang menyampaikan sesuatu kepada para pemainnya.

SELEPAS ‘berehat panjang’, Kuching City FC (KCFC) akhirnya kembali ke saingan Liga Premier Sabtu ini dengan misi untuk memastikan pasukan itu mampu bangkit bersaing, sekaligus menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam saingan liga terbabit.

Menurut pengendali KCFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata skuad warga kota itu merupakan satu-satunya pasukan Liga Premier yang belum bermain sehingga kini sejak pusingan kedua liga disambung semula Julai lalu.

Beliau berharap anak-anak buahnya kini benar-benar berada di tahap terbaik sebelum memulakan pusingan kedua terutamanya perlawanan pertama mereka yang dijadualkan berlangsung pada petang Sabtu ini menentang Kelantan FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

“Biarpun jarak aksi yang akan diharungi nanti agak rapat dengan hanya berehat selama tiga ke empat hari, namun kami akan lalui semua aksi di laman sendiri walaupun sepatutnya berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya kini dipindahkan ke Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang di Johor.

“Jadi saya harap situasi ini sedikit sebanyak boleh membantu pasukan dalam harungi 10 baki perlawanan serta memperbaiki kedudukan semasa pasukan di Liga Premier,” kata Irfan yang turut mengakui kecergasan pemainnya sedikit terjejas.

Sebelum ini kata Irfan, aksi membabitkan KCFC di saingan Liga Premier terpaksa ditunda ekoran terdapat kes positif Covid-19 dalam pasukan mereka.

KCFC terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu, dan selepas itu tempoh satu minggu latihan untuk mempersiapkan diri untuk aski yang padat.

Ketika jurang masa antara hari perlawanan yang boleh dikatakan singkat, tugas getir menanti KCFC terutamanya untuk menghadapi enam pasukan di kelompok atasan, bermula dengan cabaran Kelantan FC pada 21 Ogos (Sabtu) ini.

Walaupun hanya menang dua perlawanan dalam 10 perlawanan awal, pengalaman Irfan cukup ditagih untuk menterbalikkan prestasi pasukan pada pusingan kedua kali ini.

Andai gagal, tidak mustahil ia akan menjadi kelegaan buat semua keenam ‘top team’ untuk mendapatkan mata penting dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Walaupun tanpa kehadiran penyokong, peluang beraksi di laman sendiri (Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dalam semua baki yang bakal dihadapi musim ini harus dimanfaatkan oleh KCFC.

Kuching City FC kini di tempat ke-10 selepas 10 perlawanan dengan 10 mata.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: SUNTIK MOTIVASI BONNIE
Next: Harap Stadium Pasir Gudang bawa tuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.