Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • KB rayu bantuan orang ramai berhubung kes kecurian buku Nadir
  • GLOBAL

KB rayu bantuan orang ramai berhubung kes kecurian buku Nadir

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERPUSTAKAAN Negara Belanda (KB)

THE HAGUE: Perpustakaan Negara Belanda (KB) di The Hague merayu kepada orang ramai untuk membantu mengesan enam buku nadir karya penyair Rusia Alexander Pushkin, yang telah dicuri daripada koleksinya pada 2023, lapor Xinhua memetik pengumuman KB pada Jumaat.

Buku berkenaan dicuri pada musim bunga 2023, namun KB tidak mendedahkan kejadian itu kerana siasatan sedang dijalankan.

Kini selepas siasatan polis menemukan jalan buntu, KB dan pihak berkuasa memutuskan untuk mendapatkan bantuan orang ramai, dengan harapan penyiasat dalam talian dapat memberikan petunjuk baharu.

Tahun lalu, agensi penyiasatan Eropah menahan sekurang-kurangnya empat suspek yang dipercayai anggota sindiket pencuri buku nadir dan bernilai tinggi.

“Setelah buku-buku kami yang dicuri masih belum dijumpai walaupun suspek telah ditahan, kami berharap pengumuman mengenai kecurian ini akan membawa kepada petunjuk baharu untuk mendapatkan semula buku berkenaan,” menurut KB.

Motif kecurian masih belum diketahui.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Ketegangan India, Pakistan jejas 32 lapangan terbang
Next: IMF lulus biaya AS$1 bilion untuk Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.