Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawasan parkir Gereja Katolik St. Anthony bakal dinaik taraf
  • Tengah
  • WILAYAH

Kawasan parkir Gereja Katolik St. Anthony bakal dinaik taraf

Utusan Sarawak 1 month ago
KAWASAN letak kenderaan Gereja Katolik St. Anthony di Bintulu yang bakal dinaik taraf sebagai langkah memperkukuh kemudahan asas.

BINTULU: Kawasan tempat letak kenderaan di Gereja Katolik St. Anthony bakal dinaik taraf bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa dan selamat kepada para penganut serta pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata projek tersebut akan dilaksanakan menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), sebagai langkah memperkukuh kemudahan asas komuniti setempat.

“Keadaan semasa tidak memuaskan yang mana permukaan tidak rata, retak dan berlubang serta mudah ditakung air ketika hujan. 

“Selain itu, garisan petak kenderaan yang pudar dan aliran trafik yang tidak jelas turut menimbulkan kekeliruan dan risiko keselamatan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

Menurut beliau, kerja-kerja naik taraf tersebut akan melibatkan penurapan semula keseluruhan kawasan dengan asfalt baharu serta penyusunan semula laluan trafik dan garisan tempat letak kenderaan.

Selain itu, aspek pencahayaan turut akan diberi perhatian berdasarkan maklum balas jemaah yang menyuarakan keperluan terhadap kemudahan lampu, terutama pada waktu malam.

“Jika peruntukan mengizinkan, lampu baharu akan dipasang dalam fasa ini. Jika tidak, kita akan memohon peruntukan tambahan bagi merealisasikan perkara tersebut pada fasa seterusnya,” jelasnya.

Johnny Pang turut menegaskan komitmennya untuk terus menambah baik prasarana awam termasuk kemudahan di institusi keagamaan demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua surau terima sumbangan Projek Mesra Rakyat
Next: Tandas Awam Taman Millenium ditutup akibat kerosakan, kecurian pili air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.