Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kawasan kebun hangus di Lingga
  • KEMALANGAN

Kawasan kebun hangus di Lingga

Utusan Sarawak 8 months ago

Operasi pemadaman kebakaran oleh anggota bomba

LINGGA: Kawasan kebun berkeluasan dua hektar terbakar dalam kejadian di Jalan Bakong-Lingga, dekat sini, hari ini.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 1.45 petang daripada seorang pengadu.

“Seramai lapan anggota dari BBP Sri Aman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abang Sarkawi ditugaskan ke lokasi yang jaraknya sekitar 37 kilometer (km) dari balai sejurus mendapat panggilan berkenaan. 

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dilokasi kejadian, didapati kebakaran kebun seperti yang dilaporkan pengadu,” katanya.

Muhammad Rais berkata PKO membuat penilaian awal dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dengan membentang satu aliran 500 kaki menggunakan dua nozel sumber air terbuka dari pam angkut dan pam jentera serta empat unit tong penyembur racun sehingga selesai. 

“Permasalahan yang dihadapi semasa operasi dijalankan ialah tiadanya pili bomba berhampiran kawasan terbakar.

“Kebakaran terkawal sekitar jam 3.10 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4 petang,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak disambar buaya di Tatau belum ditemui
Next: Sebuah chalet di Jalan Bakam hangus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.