Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan
  • GLOBAL

Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan

Utusan Sarawak 9 months ago
PASUKAN penyelamat menemukan lima lagi mangsa, semalam. FotoAFP

ANKARA: Angka kematian tragedi kapal layar karam di Itali kelmarin meningkat kepada enam selepas anggota penyelamat menemukan lima lagi mangsa semalam, Agensi Andolu memetik laporan media tempatan.

Robot pencarian bawah air pasukan pengawal pantai Itali dan penyelam dari jabatan bomba Itali menemukan dua mayat iaitu usahawan teknologi yang juga pemilik kapal layar itu, Mike Lynch, 59, serta anak perempuannya yang berusia 18 tahun.

Terdahulu pada hari sama, pasukan penyelamat menemukan tiga lagi mayat.

Proses pengecaman dan bedah siasat akan dijalankan, manakala pencarian seorang lagi mangsa yang hilang masih diteruskan, menurut laporan media tempatan

Kapal layar mewah sepanjang 56 meter (184 kaki) dikenali sebagai “Bayesian” terbalik pada pagi kelmarin akibat hujan lebat dan ribut, kira-kira 20 kilometer (12.4 batu) di timur Palermo di selatan Itali.

Dalam kejadian itu, 15 orang berjaya diselamatkan termasuk isteri Lynch, Angela Bacares, manakala enam dilaporkan hilang.

Antara yang terkorban adalah cef kapal layar, Recaldo Thomas, yang mayatnya ditemui beberapa jam selepas kapal itu karam.

Media tempatan semalam melaporkan bahawa dua lagi mayat ditemui, namun identiti mereka belum disahkan.

Individu di atas kapal layar itu berasal dari pelbagai negara, termasuk United Kingdom, New Zealand, Sri Lanka, Perancis, Ireland, Amerika Syarikat, dan Kanada. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Kapal karam: Harapan jumpa mangsa terselamat tipis
Next: Thailand sahkan kes Mpox Clade 1B

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.