Kanak-kanak terbunuh kejadian tembakan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
FOTO AFP

CHICAGO: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terbunuh dan ibunya cedera dalam tembakan di Chicago telah mengejutkan pihak berkuasa di Amerika Syarikat.

Ibu berusia 22 tahun itu memandu pulang pada petang  Sabtu, kelmarin. Penyerang berhenti di sebelah keretanya dan melepaskan sekitar lapan tembakan sekali gus memukul bayinya di bahagian dada serta meragur kepalanya, kata polis.

“Kejadian ini sering berlaku,” kata Ketua Operasi Polis Chicago, Fred Waller kepada wartawan di lokasi kejadian di selatan bandar.

Kejadian serupa berlaku seminggu yang lalu selepas kematian Mekhi James berusia tiga tahun, mati dalam keadaan serupa ketika dalam perjalanan dalam kereta bersama ayahnya di sebelah barat bandar tersebut.

“Kami akan menangkap orang yang membunuh anak berusia tiga tahun itu. Kami akan menangkap orang yang membunuh kanak-kanak ini,” kata Waller.

Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot dan Superintendan Polis, David Brown meminta penduduk di bandar ini untuk bersuara jika mereka mempunyai maklumat mengenai serangan Sabtu lalu.

“Kita semua perlu marah dengan keganasan yang kita lihat di bandar kita. Bayi ini, dan semua penduduk kita, berhak mendapat yang lebih baik,” kata Brown.

Tidak ada tangkapan dilakukan dan polis terus menyiasat kedua-dua kes tersebut. – AFP

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara