RIO DE JANEIRO: Dua orang maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Palmas, ibu negeri Tocantins di tengah Brazil semalam, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Pesawat yang membawa seorang juruterbang dan sepasang suami isteri itu dalam penerbangan menuju Redencao di negeri Para, utara Brazil, sebelum terhempas di sebuah ladang sejurus selepas berlepas.
Pasukan bomba, perubatan kecemasan dan polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengesahkan dua penumpang maut.
Mangsa yang maut ialah seorang doktor dan isterinya, manakala juruterbang yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.
Punca nahas masih dalam siasatan. – Bernama




