Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya di Lahad Datu
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya di Lahad Datu

Utusan Sarawak 7 months ago

Agensi Keselamatan dan penduduk kampung semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak dibaham buaya di Pantai Sinakut Felda Sahabat, Desa Kencana, Lahad Datu pagi tadi. Foto Sabah Media

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi,10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum itu sedang mandi di pantai berkenaan bersama lima rakannya.

“Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan berkaitan kejadian dibuat bapa tiri kanak-kanak itu dan empat anggota polis kemudian melakukan pencarian bersama penduduk kampung.

Mayat katanya ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Dzulbaharin meminta saksi kejadian menghubungi Ketua Balai Polis Desa Kencana Insp Junis Bulansar @ Matius menerusi talian 013-8742 128 bagi membantu siasatan.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bomba berjaya kawal kebakaran stor
Next: Kedai dua tingkat di Jalan Sibiyu terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.