Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Bengang dapat ‘durian runtuh’
  • TEMPATAN

Kampung Bengang dapat ‘durian runtuh’

Utusan Sarawak 5 years ago
JAMILAH menyerahkan replika kunci Dewan Kampung Bengang kepada wakil penduduk kampung itu semasa majlis perasmian semalam.

LUNDU:  Penduduk Kampung Bengang, Lundu ibarat mendapat durian runtuh apabila menerima beberapa projek pembangunan infrastruktur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata projek pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan Sarawak melalui beliau itu bertujuan untuk memberi jaminan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Menurutnya penduduk setempat kini boleh mengadakan aktiviti kemasyarakatan berskala besar dan teratur dengan siapnya Dewan Kampung Bengang yang bernilai RM200,000.

“Saya juga meluluskan peruntukan berjumlah RM30,000 lagi bagi membina pentas dewan dan tandas,” katanya.

Jamilah berkata demikian ketika merasmikan Dewan baharu itu di Kampung Bengang semalam.

Jamilah mendedahkan peruntukan berkenaan akan disalurkan melalui Jawatankuasa Kemajuan danan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pembinaannya pula akan diadakan secara gotong-royong.

Sementara itu, Jamilah turut mengumumkan kerja-kerja naik taraf jalan raya yang bernilai  RM250,000 telah siap sepenuhnya.

“Dengan adanya kemudahan jalan raya yang baik ini saya harap penduduk setempat lebih mudah bergerak,” ujarnya.

Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM120,000 juga akan diberikan melalui lebihan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk penurapan semula jalan raya dalam kampung tersebut.

Sementara itu, ujar beliau lagi, peruntukan sebanyak RM1,500 bagi setiap 61 kampung dalam kawasan Tanjung Datu telah diagihkan.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan, kebersihan dan keceriaan dewan serta rumah-rumah ibadat secara gotong-royong,” jelasnya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Dana UNIFOR Fasa 1 diagih di Mukah
Next: Komuniti perlu terlibat salur pendapat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.