Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Jerman meningkat
  • GLOBAL

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Jerman meningkat

Utusan Sarawak 5 years ago
BILANGAN kes di Jerman pada umumnya rendah, wabak ini mempunyai pengaruh kuat terhadap nilai kebolehjangkitan. • Foto AFP

JERMAN: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Jerman melonjak ke angka 1.79 iaitu lebih jauh di atas tahap yang diperlukan untuk mengawalnya dalam jangka panjang.

Menurut laporan AFP menunjukkan angka itu meningkat mendadak daripada 1.06 pada Jumaat dan menjadi petanda buruk di negara paling ramai penduduk dalam Kesatuan Eropah itu.

Institut itu mengaitkan kenaikan tersebut dengan jumlah kes penularan tempatan yang dikesan di lokasi kilang pembungkusan daging, pusat logistik, kawasan pelarian, gereja dan majlis keluarga.

Lapor AFP, oleh kerana bilangan kes di Jerman pada umumnya rendah berbanding negara Eropah lain, wabak ini mempunyai pengaruh kuat terhadap nilai kebolehjangkitan.

Kadar kebolehjangkitan atau R-Naught 1.79 bermaksud 100 individu yang dijangkiti virus itu telah menjangkiti anggaran 179 individu lain.

Kadar kebolehjangkitan di bawah 1 diperlukan untuk beransur-ansur membendung virus itu.

Canselor Angela Merkel lebih cenderung untuk mempertahankan perintah sekatan pergerakan namun Jerman akhirnya mengurangkan sekatan berikutan tekanan daripada wilayahnya.-AFP

Continue Reading

Previous: Thailand teruskan eksport durian ke China
Next: Gunung Merapi meletus dua kali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.