Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kadar indeks jenayah Miri meningkat
  • TEMPATAN

Kadar indeks jenayah Miri meningkat

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAH… Lim Meng Seah (kiri) bersama Superintenden Mohd Sabri Zainol (tengah) selepas majlis penyerahan kereta peronda baharu jenis Honda Civic untuk kegunaan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, semalam.

MIRI: Kadar indeks jenayah di Bahagian Miri menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 7 September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah berkata, sebanyak 771 kes jenayah dilaporkan pada tahun ini dalam tempoh tersebut berbanding 592 kes tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 179 kes.

“Statistik ini menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus dengan kadar penyelesaian kes yang dicapai sebanyak 51.49 peratus,” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Sabri Zainol.

Bagi indeks jenayah komersial, Lim berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak 74 kes untuk tempoh sama tahun ini berbanding tahun lepas yang merekodkan 301 kes dan hanya 227 kes tahun ini.

Katanya, daripada jumlah kes yang direkodkan itu, sebanyak 37.44 peratus kes dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, bagi jenayah narkotik, Lim berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri membuka sebanyak 634 kertas siasatan bermula 1 Januari hingga 30 Ogos tahun ini berbanding 627 kertas siasatan dibuka untuk tempoh sama tahun lepas dengan peningkatan sebanyak tujuh kes.

“Kadar kes jenayah narkotik yang dituduh pula ialah sebanyak 27.13 peratus,” katanya.

Lim berkata, polis akan terus memberi perkhidmatan profesional serta berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat.

“Etika dan integriti menjadi keutamaan demi mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada masyarakat,” katanya.

Pada majlis sama, Lim menyerahkan empat kereta peronda baharu jenis Honda Civic 1.8S untuk kegunaan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) IPD Miri.

Continue Reading

Previous: Urus sekolah dengan lebih sistematik
Next: Perlu tindakan susulan – Ting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.