Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Juruterbang selamat, pesawat Hawk terhempas
  • GLOBAL

Juruterbang selamat, pesawat Hawk terhempas

Utusan Sarawak 5 years ago
PESAWAT tempur BAE Hawk 109 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di sebuah penempatan penduduk di Kampar, Riau pada pagi Isnin. • Foto AFP

JAKARTA: Sebuah pesawat tempur BAE Hawk 109 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia terhempas di Kampar, Riau pada pagi semalam.

Jurucakap pihak angkatan bersenjata itu, Fajar Adriyanto mengesahkan pesawat tentera itu terhempas sekitar lima kilometer dari Landasan Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru.

Dalam kecelakaan itu, juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan selamat selepas terjun dari pesawat berkenaan menggunakan ejection seat.

Menurut Fajar, ketika ini, juruterbang berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Tentera Udara Dr Soekirman Lanud Rsn Pekanbaru untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan keselamatan sedang melakukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Beliau berkata, pesawat tempur jenis BAE Hawk 109 itu dikendalikan juruterbang Apriyanto Ismail.-AFP

Continue Reading

Previous: 57 kes baharu di China
Next: Banjir buruk jejas selatan China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.