Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal
  • Selatan
  • WILAYAH

Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal

Utusan Sarawak 4 months ago
KEADAAN terkini di PPS Dewan Dayak Saratok.

SARATOK: Jumlah mangsa banjir dari Rumah Tembawai Kapok, Awik yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dayak Saratok kini kekal kepada 85 mangsa setakat 12.00 tengah hari, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata bilangan tersebut telah meningkat 85 orang daripada 21 keluarga, berbanding 39 orang daripada 15 keluarga selepas diaktifkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Saratok pada 3.30 petang semalam.

“Sekitar 1.00 petang semalam, trend sungai berdekatan Rumah Tembawai Kapok mulai pasang dan menyebabkan rumah panjang berkenaan ditenggelami air.

“Situasi itu menyebabkan kesemua penghuni rumah panjang tersebut diarahkan berpindah ke PPS Dewan Dayak Saratok mulai 3.30 petang.

“Saya jangkakan jumlah kesemua 85 mangsa di PPS Dewan Dayak Saratok ini akan kekal dan tiada lagi penambahan bilangan mangsa,” katanya.

Nur Athirah turut menasihati penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia menghadapi musim banjir.

“Penduduk perlu patuh kepada arahan berpindah yang dikeluarkan pihak berkuasa dan tidak menunggu sehingga waktu kritikal.

“Saya minta semua orang di setiap kampung supaya bersiap siaga dan apabila amaran mengarahkan berpindah, maka pindah secepat mungkin. Masalah besar adalah apabila orang berpindah semasa banjir, ketika air naik dan sesetengah tempat kita kena paksa mereka pindah,” ujarnya.
Oleh ADI SAFARMAN

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masalah saluran air tersumbat ditangani segera
Next: Bina pusat kanser di Sibu, untuk kawasan tengah/utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.