Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak sedikit meningkat, Johor dan Perak kekal pagi ini
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Sarawak sedikit meningkat, Johor dan Perak kekal pagi ini

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8.00 pagi ini.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43 orang daripada 22 keluarga berbanding 42 orang daripada 22 keluarga, malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir iaitu di Dewan Kompleks Sukan Kanowit.

Di Johor, Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.

Situasi sama turut direkodkan di Perak denganjumlah mangsa banjir kekal dengan 31 orang daripada sembilan keluarga, setakat 8.00 pagi ini.

Menurut Sekretariat JPBN, kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas.  – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 500 tan metrik kelapa dibawa masuk setiap bulan bermula Februari
Next: Jangan bagi alasan tiada dana pulih jalan runtuh, jambatan rosak – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.