Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jumlah mangsa banjir di Saratok meningkat
  • WILAYAH

Jumlah mangsa banjir di Saratok meningkat

Utusan Sarawak 4 months ago

Seramai empat penghuni Rumah Ason, Tembawai Kapok Awik telah mendaftar di PPS Dewan Dayak Saratok, menjadikan jumlah di PPS itu seramai 89 orang daripada 21 buah keluarga. - Foto APM Saratok

SARATOK: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dayak Saratok telah mencatatkan penambahan seramai empat lagi mangsa, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata dengan penambahan itu, menjadikan jumlah di PPS seramai 89 orang daripada 21 keluarga.

“Kira-kira jam 2.30 petang, empat mangsa dari Rumah Ason, Tembawai Kapok Awik telah datang sendiri ke PPS Dewan Dayak Saratok selepas tinggal di rumah saudara terdekat, sejak semalam.

“Untuk itu, jumlah terkini mangsa di PPS Dewan Dayak Saratok telah meningkat kepada 89 orang daripada 21 keluarga,” katanya.

Nur Athirah berkata pecahan mangsa di PSS berkenaan adalah terdiri daripada 54 lelaki dan 35 wanita termasuk tiga bayi lelaki dan perempuan serta tiga lelaki kurang upaya.

“Saya jangkakan jumlah kesemua 89 orang mangsa di PPS Dewan Dayak Saratok ini akan kekal, tiada lagi penambahan bilangan mangsa. Jika ada lagi penambahan, kita akan kemaskini perkembangan dari semasa ke semasa” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Residen, Hamdan Katang serta wakil daripada Pusat Khidmat DUN Krian turut melakukan lawatan di PPS Dewan Dayak Saratok dan memantau keadaan di Rumah Ason, Tembawai Kapok Awik, hari ini.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Penduduk bakal nikmati jalan berturap
Next: Zikir Marhaban Buloh Inn hidupkan aktiviti zikir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.