Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • JPJ sita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Kuching
  • JENAYAH

JPJ sita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Kuching

Utusan Sarawak 3 hours ago
JPJ sita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Kuching

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita dua kenderaan mewah dalam operasi khas dikenali sebagai Ops Luxury yang dijalankan di sekitar bandar raya ini.

JPJ Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan operasi tersebut dilaksanakan Unit Operasi JPJ Kuching menerusi rondaan penguatkuasaan di beberapa lokasi sekitar Kuching.

Menurut kenyataan itu, anggota penguat kuasa telah memeriksa dua kenderaan mewah iaitu Toyota Alphard dan Lexus RX200T.

JPJ sita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Kuching

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang telah tamat tempoh,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, kedua-dua kenderaan terbabit disita untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak turut mengingatkan pengguna jalan raya bahawa gaya dan status kenderaan perlu seiring dengan disiplin serta tanggungjawab ketika berada di jalan raya.

“Status atau jenis kenderaan bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan jalan raya. Jadilah pengguna jalan raya yang patuh dan menghormati undang-undang,” menurut kenyataan tersebut.

Tambahnya, JPJ Sarawak akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya tanpa mengira jenis atau kategori kenderaan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki disyaki pecah kedai diberkas polis
Next: Wanita ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.