JPJ Kuching lancar Ops Gempur Kenderaan Perdagangan, tingkatkan keselamatan jalan raya

Facebook
WhatsApp
OPS GEMPUR… JPJ Kuching telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dengan menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan Bandar Kuching, Samarahan, dan Serian, semalam. Foto JPJ Kuching

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dengan menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan Bandar Kuching, Samarahan, dan Serian, semalam.

Operasi ini dijalankan sebagai langkah berterusan untuk memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna.

OPS GEMPUR… JPJ Kuching telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dengan menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan Bandar Kuching, Samarahan, dan Serian, semalam. Foto JPJ Kuching

Sepanjang operasi, pelbagai jenis kenderaan perdagangan dan persendirian diperiksa.

Beberapa kesalahan dikesan, termasuk membawa muatan secara berbahaya, melanggar syarat permit LPKP, tiada lesen memandu sah, serta kesalahan lain berkaitan aspek teknikal kenderaan.

OPS GEMPUR… JPJ Kuching telah melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dengan menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan Bandar Kuching, Samarahan, dan Serian, semalam. Foto JPJ Kuching

Semua tindakan sewajarnya telah diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Kuching menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan, demi menjamin keselamatan jalan raya dan memastikan semua pengguna mematuhi undang-undang.

AZAM-IPRM buka laluan tubuh IPRM Sarawak Chapter

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh profesionalisme serta

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat