Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPBD Sebauh isytihar pembukaan PPS di Gereja St. Bernard
  • Utara
  • WILAYAH

JPBD Sebauh isytihar pembukaan PPS di Gereja St. Bernard

Utusan Sarawak 2 months ago
MUSNAH… Seramai 300 penghuni Rumah Lapie di Sungai Binai,Sebauh hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

SEBAUH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sebauh mengisytiharkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Gereja St. Bernard, Rumah Lapie di Sungai Binai, Sebauh berkuat kuasa hari ini pada 4.30 petang.

Pengerusi JPBD Sebauh yang juga Pegawai Daerah Sebauh, Thadeus Ling Allu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pembukaan PPS itu dibuat atas nasihat Komander Operasi Bencana dan Penolong Komander Operasi Bencana Daerah Sebauh bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas akibat bencana.

“PPS ini akan beroperasi sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bergantung kepada keadaan semasa.

“Semua agensi berkaitan telah diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kelancaran operasi pemindahan serta kebajikan mangsa terlibat,” katanya.

Penduduk yang terjejas dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke PPS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Terdahulu, Rumah Lapie di Sungai Binai, Jalan Ulu Sebauh dilaporkan musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi, mengakibatkan 27 daripada 30 pintu rumah terbakar sepenuhnya dan menjejaskan kira-kira 300 penghuni.

Berikutan insiden itu, pihak berkuasa bertindak segera dengan membuka PPS bagi menempatkan mangsa yang terjejas serta memastikan kebajikan mereka terjaga.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dennis Bunyam KPD baharu Sri Aman
Next: Ular sawa tersangkut jaring pukat berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.