Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jom Berambeh 2025 berperanan bina budaya kerja positif
  • Tengah
  • WILAYAH

Jom Berambeh 2025 berperanan bina budaya kerja positif

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MERIAH… Lebih 300 warga UTS termasuk pelajar, staf, rakan industri dan tetamu antarabangsa memeriahkan program Jom Berambeh 2025 yang berlangsung di Dewan Canselor, UTS.

SIBU: Sekitar 300 warga Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah hadir memeriahkan program Jom Berambeh 2025 edisi kedua di Dewan Canselor hari ini.

Program tahunan anjuran Kelab Pengambilan Pelajar itu membawa tema ‘Menyatukan Budaya: Tahun Baharu Cina, Aidilfitri dan Gawai Dayak’, dengan pengisian pelbagai aktiviti serta sajian makanan tradisional yang melambangkan kekayaan budaya masyarakat Malaysia.

Naib Canselor UTS, Prof. Datuk Dr Khairuddin Abd Hamid menegaskan bahawa program seperti ini bukan sahaja mencerminkan semangat 1Malaysia, malah berperanan penting dalam membina budaya kerja yang positif dan saling menghormati dalam kalangan warga kampus.

GIMIK…. Prof. Datuk Dr Khairuddin Abd Hamid menyempurnakan gimik perasmian Jom Berambeh 2025, simbolik kepada penyatuan tiga perayaan utama – Tahun Baharu Cina, Aidilfitri dan Gawai Dayak.

“Saya ingin mengajak semua untuk terus menyokong program sebegini agar kita dapat membina budaya kerjasama, saling menghormati, berkerja secara jujur dan menjauhi fitnah.

“Ini juga menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan nilai budaya kita kepada rakan-rakan antarabangsa dan warga asing yang bersama kita di UTS,” katanya dalam ucapan perasmian.

Khairuddin turut merakamkan penghargaan kepada Kelab Pengambilan Pelajar dan jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan edisi kedua Jom Berambeh, yang menunjukkan peningkatan dari segi penglibatan dan pelaksanaan berbanding tahun lalu.

Beliau percaya bahawa acara seperti Jom Berambeh mampu menjadi contoh terbaik dalam mempromosikan keharmonian budaya serta membentuk komuniti kampus yang inklusif, progresif dan bersatu padu.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ternakan ayam penelur perkukuh jaminan makanan, pemacu ekonomi luar bandar
Next: Kempen derma darah Hari Bandar Raya Miri Ke-20 diadakan Sabtu ini di MyyMall

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.