Jojo tewas kepada Shimon Yoshinari di ONE Samurai 1

Facebook
WhatsApp
GAMBAR tangkap layar Jojo dan Shimon menunggu keputusan rasmi daripada juri di Ariake Arena, Tokyo.

TOKYO: Petarung Muay Thai Malaysia, Muhammad Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, tewas kepada wakil Jepun, Shimon Yoshinari dalam aksi ONE Samurai 1 yang berlangsung di Ariake Arena, petang tadi.

Pertarungan kategori flyweight itu menyaksikan kedua-dua petarung beraksi selama penuh tiga pusingan sebelum keputusan dibuat oleh juri.

Shimon Yoshinari dinobatkan sebagai pemenang selepas keputusan sebulat suara, sekali gus mengekalkan rekod kuatnya dalam ONE Championship.

GAMBAR tangkap layar perlawanan antara Jojo dan Shimon.

Kemenangan tersebut turut menambah lagi reputasinya sebagai antara petarung muda berbakat dari Jepun.

Walaupun tewas, Jojo menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang pertarungan dan berjaya bertahan daripada tekanan lawan.

Namun, konsistensi teknik serta kawalan tempo yang lebih baik oleh Yoshinari menjadi faktor utama kemenangan berpihak kepada petarung tuan rumah itu.

Kekalahan ini merupakan satu lagi pengalaman penting buat Jojo dalam perjalanan kariernya di pentas antarabangsa ONE Championship. – AGENSI

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak