Jojo lunas dendam, tundukkan Paez dalam aksi ulangan

Facebook
WhatsApp
AKSI Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ketika menentang Diego Paez dalam pertarungan The Inner Circle 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Foto: ONE Championship

KUALA LUMPUR, 16 Oktober: Jaguh Muay Thai negara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo Ghazali melunaskan dendam apabila menewaskan petarung Colombia-Amerika Syarikat Diego Paez menerusi keputusan sebulat suara juri dalam pertarungan ulangan flyweight acara The Inner Circle 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Kemenangan itu membolehkan Jojo menebus kekalahannya kepada petarung berpengalaman berusia 32 tahun itu, dalam pertemuan pertama mereka pada Jun tahun lepas.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi kemas dan berdisiplin sepanjang  pertarungan, sekali gus menarik keputusan daripada kesemua juri memihan kepada beliau.

Turun dengan misi menebus kekalahan, Jojo memperlihatkan peningkatan ketara dari segi taktikal untuk mengawal tempo pertarungan, selain  melakukan tumbukan serta tendangan pada masa sama berjaya mengekang serangan balas berbahaya daripada Paez. – Bernama