Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • John Sikie tinjau keadaan banjir, tanah runtuh
  • TEMPATAN

John Sikie tinjau keadaan banjir, tanah runtuh

Utusan Sarawak 3 months ago
Dato Sri John Sikie Tayai meninjau kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh dan banjir di Tatau.

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai melakukan tinjauan ke beberapa lokasi yang terjejas akibat tanah runtuh dan banjir di sini, hari ini.

Antara kawasan yang dilawati termasuk Jalan Sangan Tatau dan Jalan Tekalit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu turut meninjau kerja-kerja pemulihan jalan yang terjejas serta menilai impak tanah runtuh terhadap infrastruktur setempat.

Selain itu, banjir dilaporkan melanda kawasan Sangan dan Pekan Tatau, akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Kejadian hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa rumah panjang di Ulu Sangan, Ulu Muput, dan kawasan sekitar Sungai Entajum dinaiki air.

Pagi semalam, paras air dilaporkan mula menurun di beberapa kawasan seperti Batang Anap di Kakus, dan Kampung Dagang Tatau. 

Namun, hujan lebat pada sebelah malam menyebabkan paras air meningkat semula di beberapa kawasan lain.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Air naik, 28 penghuni rumah panjang di Selangau dipindahkan
Next: Hujan berpanjangan, penduduk Kampung Selampit berdepan kesulitan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.