Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR pasang CCTV 24 jam di Jambatan Batang Lupar 1, tingkat keselamatan pengguna
  • TEMPATAN

JKR pasang CCTV 24 jam di Jambatan Batang Lupar 1, tingkat keselamatan pengguna

Utusan Sarawak 2 hours ago
JKR Sarawak akan memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Jambatan Batang Lupar 1. Foto JKR Sarawak

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Jambatan Batang Lupar 1 bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, memperkukuh pemantauan trafik serta melindungi kemudahan awam di kawasan berkenaan.

Menurut maklumat yang dikongsikan JKR Sarawak, pemasangan CCTV tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk mempertingkatkan aspek keselamatan dan pengurusan infrastruktur strategik di negeri ini.

Sistem pemantauan itu akan beroperasi selama 24 jam sehari bagi membolehkan pemantauan berterusan terhadap keadaan di sekitar jambatan yang menjadi laluan penting menghubungkan beberapa kawasan di Bahagian Sri Aman dan Betong.

Selain membantu memantau aliran trafik, pemasangan CCTV turut berperanan dalam mencegah kegiatan vandalisme yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna serta merosakkan aset awam.

Kemudahan itu juga dijangka dapat membantu pihak berkuasa mengambil tindakan lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan atau insiden di kawasan jambatan berkenaan.

JKR Sarawak berkata, penggunaan teknologi pemantauan moden merupakan langkah proaktif bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik untuk kegunaan masyarakat.

Pada masa sama, orang ramai turut digesa untuk memberikan kerjasama serta bersama-sama menjaga kemudahan awam demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Jambatan Batang Lupar 1 merupakan antara infrastruktur utama di Sarawak yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan darat serta merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan sekitarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perpaduan teras kestabilan, kemajuan Sarawak menjelang 2030 – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.