Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM perlu lebih efisien salurkan bantuan
  • Utara
  • WILAYAH

JKM perlu lebih efisien salurkan bantuan

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Mohamad Razi Sitam serta yang lain merakam kenangan semasa majlis Sejambak Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

LAWAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jabatan-jabatan lain yang bertanggungjawab menyalurkan perkhidmatan bantuan kepada rakyat perlu bertindak lebih efesien.

Ini adalah penting bagi memastikan segala dasar dan program kerajaan dalam membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu melihat komitmen serta ketulusan pegawai dan kakitangan awam terus dipertingkat dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Ia menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Jadi saya mahu Ismawi dan pegawai-pegawai kebajikan terus menjalankan kerja dengan sikap yang ikhlas dengan komitmen tinggi dan mahu membantu.

“Ini adalah penting dalam setiap organisasi, namun jika kita tidak dapat melaksanakannya dengan baik, maka akan berlaku cacat cela dari segi dasar itu disebabkan oleh pelaksanaan,” katanya pada majlis Sejambak Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di sini, hari ini.

FOKUS… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa hadir pada majlis Sejambak Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Selain itu, Awang Tengah juga mahu pihak JKM lebih teliti dalam mengagihkan sebarang bantuan kepada penerima atas alasan anak-anak mereka telah bekerja.

Malah, beliau juga tidak mahu melihat terdapat pihak yang berkemampuan tetapi tetap mengambil kesempatan mendapatkan bantuan-bantuan kebajikan daripada kerajaan. 

“Jadi kita perlu selidik betul-betul, kalau dia benar-benar memerlukan bantuan kita harus pertimbang dan saya tidak mahu melihat yang berkemampuan mengambil kesempatan mendapatkan bantuan. Ini (bantuan) kita tumpu kepada mereka yang benar-benar memerlukan, yang mana ia adalah tanggungjawab kita,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Setiausaha Politik kepada Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Sam Laya serta Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Betong bakal nikmati perkhidmatan udara menjelang November
Next: Suasana perayaan belum rancak, mungkin tunggu saat akhir menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.