Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JHEV jejak balu veteran perang
  • TEMPATAN

JHEV jejak balu veteran perang

Utusan Sarawak 5 years ago
MEJAR Pahot Joll merakam kenangan bersama Linjong Edward di kediamannya.

SRI AMAN: Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Sarawak, Mejar Pahot Joll telah menjejaki balu veteran perang, Linjong Edward di Rumah Karin, Tabut Skrang, Sri Aman.

Linjong merupakan balu kepada mendiang Renjer Tinggi Chakom iaitu Tentera Sarawak Renjer yang telah meninggal dunia pada 22 November 1970 akibat terkorban ketika menentang komunis di Sarawak.

Pada kejadian tersebut, mendiang bersama tiga lagi anggota Sarawak Renjer telah menjejaki komunis yang dilaporkan mandi di tepi Sungai Rajang oleh penduduk kampung.

Bagaimanapun, mereka telah diserang hendap dari arah kiri dan kanan bukit sehingga semuanya terkorban.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia 11 tahun pada ketika itu.

Penjejakan tersebut dilakukan selepas mendapat maklumat daripada ahli veteran bahawa Linjong hidup dalam keadaan yang daif dan sebatang kara.

Pada lawatan tersebut, Pahot telah menyerahkan bantuan barang makanan dan sumbangan daripada Tabung Jasamu serta membuat dokumentasi Bantuan Sara Hidup bagi menambah pendapatan dan meringankan beban balu tersebut.

Linjong hanya bergantung kepada pencen suaminya yang terkorban semasa menentang pengganas komunis bernilai RM243.67 sebulan serta mengharapkan belas ehsan penduduk kampung.

Linjong difahamkan sebelum ini bergantung harap kepada anak beliau, namun anaknya itu telah meninggal dunia pada usia 52 tahun dan cucunya pula telah balik mengikut ibunya dan meninggalkan balu tersebut hidup seorang diri.

Continue Reading

Previous: AKB 1961 lebih berkesan kuat kuasa pematuhan harga petrol, diesel
Next: Pili bomba perlu dalam keadaan baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.