32 rumah di Mambong bakal dibaiki menerusi PPRMS

Facebook
WhatsApp
PROSES cabutan undi pemilihan kontraktor bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS). Foto Ukas

PADAWAN: Sebanyak 32 buah rumah di kawasan Mambong bakal menerima penambahbaikan menerusi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) Fasa 2/2026 dengan peruntukan keseluruhan RM500,000.

Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), projek berkenaan dijadualkan mula dilaksanakan pada Oktober ini dan kerja penambahbaikan dijangka siap dalam tempoh sebulan selepas kontraktor menerima surat tawaran.

Proses cabutan undi pemilihan kontraktor bagi PPRMS DUN Mambong Fasa 2/2026 diadakan hari ini di Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong, Padawan, bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dimulakan mengikut jadual.

DATUK Dr Jerip Susil turut hadir dan menyaksikan proses cabutan undi pemilihan kontraktor bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) DUN Mambong Fasa 2/2026 di Padawan, hari ini. Foto Ukas

Seramai 32 kontraktor tempatan mengambil bahagian dalam proses cabutan undi itu bagi melaksanakan kerja penambahbaikan rumah penerima yang telah dikenal pasti.

UKAS memaklumkan, pelaksanaan projek itu dijangka memberi manfaat secara langsung kepada 32 keluarga menerusi penambahbaikan aspek keselamatan dan keselesaan kediaman, selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak membantu golongan yang memerlukan.

Turut menyaksikan proses berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil.

Oleh Afiq Sallehi

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa