Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jersi dipakai Messi di Piala Dunia 2022 bakal dilelong
  • SUKAN

Jersi dipakai Messi di Piala Dunia 2022 bakal dilelong

Utusan Sarawak 1 year ago
MESSI bersama koleksi jersi dipakainya di Piala Dunia Qatar 2022 yang bakal dilelong pada bulan depan. FotoAFP

NEW YORK: Satu set membabitkan enam jersi dipakai Lionel Messi ketika Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 akan dilelong pada bulan depan, umum Sotheby, yang menganggarkan ia bernilai AS$10 juta (RM46.67 juta).

Bintang bola sepak itu memakai jersi berkenaan pada separuh masa pertama aksi peringkat kumpulan menentang Arab Saudi dan Mexico, kemudian menentang Australia, Belanda dan Croatia serta final dengan Perancis.

Kejayaan Argentina menjulang trofi di Qatar, tahun lalu adalah pelengkap karier gemilang penyerang itu, yang sebelum ini gagal melakukannya di empat edisi Piala Dunia terdahulu.

Jika harga jersi itu melebihi RM46.67 juta, ia akan menjadi jualan koleksi paling berharga dalam sukan, kata Sotheby.

Jersi individu paling mahal pernah dijual ketika lelongan adalah jersi dipakai legenda bola keranjang, Michael Jordan ketika aksi terakhirnya dalam saingan NBA bersama Chicago Bulls pada 1998.

Ia dijual pada harga AS$10.1 juta (RM47.14 juta) pada tahun lalu.

Pengendali lelongan mengambil perhatian bagi koleksi berharga dalam sukan memandangkan nilai pasarannya yang semakin meningkat.

Jersi itu dibeli oleh pengendali lelongan Amerika Syarikat (AS), AC Momento, yang membantu atlet menguruskan koleksi berharga. – AFP

Continue Reading

Previous: YAKEB harap bekas atlet diberi lebih peluang pekerjaan 
Next: JWC: Sepanyol kejutkan India 4-1 untuk mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.