Jerebu: Serian, Lundu catat IPU 189

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian dan Lundu merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 189 setakat 12.00 tengah hari ini.

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 189 setakat 12.00 tengah hari ini, turun berbanding 197 pada 8.00 pagi tadi.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Lundu turut mencatat bacaan 189, diikuti Lubok Antu (185), Kuching (180), Tebedu (179), Sri Aman (175) dan Samarahan (173), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Sarikei dan Mukah masing-masing mencatat bacaan 93, diikuti Bintulu, Samalaju dan Miri masing-masing 90, ILP Miri (80), Sibu dan Limbang masing-masing 75, Kapit (68), Bario (59) serta Lawas (99), kesemuanya pada tahap sederhana.

KEADAAN sekitar Kuching diselubungi jerebu setakat 12.00 tengah hari ini ketika bacaan IPU direkodkan pada 180, berada dalam kategori tidak sihat.

IPU Serian masih tertinggi, catat 197

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 197 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam